Selasa, 27 September 2011

KALAU HATI DAH SUKA......

NIE TENGAH SUKA LAH NIE.....
ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..... AKU PUN TAK TAHU APE  YANG AKU NAK CITER PASAL TAJUK NIE....ALASAN NYA AKU TENGAH BORING AND SAKIT PALA...NAK TIDO
TAK BOLEH LAH PULAK NAK LOLOPKAN MATA....KEJA MELAYAN SIDEBAB NIE JER.....MIAWWWWWWW

Nevermind. Lupakan. Apa pun, senang cerita kalau kita google dengan keyword "Suami orang", mesti akan bersangkut paut dengan "perempuan suka kacau suami orang". Tak percaya, boleh search sendiri. So, the issue is; WHY? Kenapa banyak sangat isu orang ke-3 dalam rumah tangga//



Adakah perempuan yang salah sebab kacau suami orang? Ataupun lelaki yang salah sebab dah kahwin, tapi still nak menggal?

Mari kita lihat;

Si Makcik Itu Janda.


Kalau korang tengok drama-drama bersiri tipikal melayu. Asal ada si Janda yang berdressup maut je dalam kampung, mesti semua isteri dalam kampung tu tak akan senang duduk. Agak-agak korang kenapa? Ya, janda adalah lebih banyak pengalaman berbanding si anak dara. Pengalaman macam mana tu? NO. Aku tau apa otak kuning korang fikirkan. Its not about seks semata-mata. Tapi perlakuan, layanan dan kegedikkan. Aku pernah terbaca yang penangan janda adalah lebih kaw berbanding anak dara. So kenapa si janda suka kacau suami orang?

First, yeah they are good at sex since dieorang pakar makan jamu, lama makan garam dan sebagainya. Tak seperti, si anak 'dara' yang tak berminat pun nak makan jamu even dah dua tahun berkahwin. Yang 10 tahun 'kahwin', tetapi baru 1 tahun nikah tu jangan tanya ah pasal jamu. Sure tak sentuh.

Second, pasal layanan. Yang dah berpengalaman kahwin ni, tak ada nya merajuk terpekik terlolong sambil jerit "Hantar I rumah mak I. Hantar I rumah mak I" bila bergaduh. Dia yang nak lari balik kampung, dia pulak suruh orang hantar. Eish. Tak ada adab langsung. Mostly janda, bila aku 'tanya' orang tertentu, dia pandai untuk bergaduh. Dia tahu bila dia nak mengalah. Dia juga boleh kawal suami dia dan suami dia boleh kawal dia. Ada match bak kata orang. Tapi kalau anak 'dara', sikit-sikit nak ikut cakap dia. Tak matang langsung. Ehem........



Dah kahwin = kewangan stabil = secure.



Girls zaman sekarang sedar diri. Dia tahu yang dia tu bergetah, dan ada assets yang besar. Dia tahu pila dia jalan je di tengah orang ramai, dia boleh rasa ada sticker tertulis 'HOT STUFF' kat dahinya. So, dia pun berfikir "Im hot, Im sexy, Im fabulous. I should be rich." Ya, rich. Rich dengan duit orang lain. Orang muda pun ramai yang kata-kaya. Nak-nak anak datuk. Tapi kenapa still nak yang berkahwin? Ya, sebab yang berkahwin, mostly boleh terus ajak berkahwin dan ada pengalamn memberi komitment terhadap seseorang. So, secure. Kalau dengan anak-anak ikan, tidak secure. Sebabnya, anak ikan lagi suka berfoya-foya dari berkahwin dan buat komitment. Anak ikan biasanya tak nak habiskan usia remaja dengan perkahwinan. Kan?

OI PEREMPUAN, BANYAK LAGI JANTAN LAIN, APASAL JANTAN AKU GAK KAU NAK KEBAS?
Well, the issue is.... Really? Betul ke banyak lelaki lain kat luar sana yang single dan menepati ciri-ciri Prince Charming berkuda putih yang korang idam-idamkan?

Well, the higher the number of production (quantity), the lower its value. Dan bila ianya datang kepada bilangan lelaki yang semakin menurun, nilainya akan automatik menaik. So, kalau selepas ni, ada lagi girl-girl yang mintak hantaran berpuluh-puluh ribu, si lelaki jangan kuatir untuk mereka. Sound je dia bersama mak dia yang nak jual anak tu. Lelaki punya lah on demand sekarang, dia sibuk lak nak naik harga. Tak pandai nak berurus niaga anak langsung. Lelaki tak nak kahwin, mula lah di salahkan lelaki.

Makin tua, makin handsome.


Tahu kah korang, yang lelaki berjambang lagi hot dari lelaki tak ada janggut? *Terasa*. Dan semakin tua, makin bergaya? Semakin di minati? Semakin macho? Semakin matang? Contohnya, Robert De Nero. Horatio Caine (David Caruso) dan macam-macam lagi lah. Bak kata orang, lelaki, makin lama makin beharga. Perempuan makin lama makin... erm... errrr... antik. Lagi pun, men's life start at 40 kan?

Sama juga macam di kolej. Market lelaki vs market perempuan. Semakin senior si lelaki, semakin tinggi market. Semakin senior si perempuan, semakin kurang market nya. Kan?

Dan, perempuan amat-amat tertarik dengan lelaki yang matang. Even lelaki tu huduh, tak handsome dan muka pelik serta tua, tetapi kejantangan dan kematangan lelaki memang akan buat perempuan tertawan. Tu yang huduh and tak handsome. Kalau yang handsome dan macho?, haaa. Memang cair lah. Di tambah pula, agak susah nak cari lelaki yang matang dan single. Masing-masing kahwin pada umur 25-35 tahun.


Lelaki nak makan luar.



Point ni, adalah paing banyak kat dalam forum-forum online. Kalau pergi mana-mana je, point ni mesti ada. Why lelaki makan luar?
  1. Bosan tengok muka isteri yang sama setiap hari. Semua sukakan Ais Krim Chocolate. Tapi kadang-kadang, nak juga rasa Ais Krim Vanila kan?
  2. Kasih sayang lelaki terlampau banyak. Seorang perempuan tak cukup.

So, apa kata forum? Keperbagaian dalam rutin seharian! Ya. Jangan lah balik-balik buat benda sama. Tak ada kepelbagaian langsung dalam rumah tangga. Sebab itu lah aku pernah cakap, kalau korang boleh rasa romantik bersama suami / bakal suami tanpa berborak dan berkata-kata, maksudnya korang memang akan susah bosan antara satu sama lain. Kiranya macam korang pergi dating, then baring sambil pandang langit malam tanpa cakap apa-apa pun. Then sekali sekala jeling ke pasangan. Then sekali sekala gelak-gelak. Kan sweet tu. Hais. Korang ni tak romantik lah.

Lelaki yang dah kahwin tahu nak kasi 'pandangan membara'.
Ini lagi satu salah lelaki. Lelaki bila dah kahwin, dia automatik tahu cara nak tackle, layan dan belai si gadis. Si gadis pula, punya lah naif dan lurus, terus cair. Lelaki yang dah berkahwin, amat jauh bezanya dengan lelaki yang belum kahwin. Seseorang yang dah kahwin, biasanya ada sifat sabar yang tinggi. Sifat matang yang kental dan pandai memberi pandangan serta nasihat yang amat lain. Which is, tak ada kat lelaki muda-muda. Sebab itu ramai wanita terpikat....

 ARIOSSSSSSSSS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan